Hanya Aku

Hanya Aku
"Yang pasti, aku sentiasa dalam kekeliruan, antara realiti dan fantasi, antara yang hak dan mutlak, antara yang benar dan salah"

Thursday, November 18, 2010

Entri 1- Intro

Good morning and hi,
(Benda yang paling membosankan sekali dalam dunia blogging is how to start blogging untuk first post..haihh)

Untuk entri aku yang pertama ni, diulangi...YANG PERTAMA ..,ingin sekali aku jelaskan yang aku menaip dengan perasaan berat hati yang teramat.Sebenarnya aku kesian kat blog-blog lama aku yang dah jadi arwah..Tahu-tahu je dah lahir satu lagi blog baru.Terus terang,dari lubuk hati aku, blogging ni bagi aku salah satu cara yang baik untuk menyalurkan perasaan aku.Tapi dah jadi masalah besar pula bila setiap blog yang dihasilkan mempunyai tema yang tersendiri pula.kalau boleh aku nak je suma topic and entri aku ni general, so tak payah nak mengarwahkan makin banyak blog aku.nanti kesian plak orang lain dah takde name availability untuk url diorang.kuikui :) However, untuk blog aku kali ni, aku rasa jela, in order to make it last longer aku kena jadi detail sikitla..(mature la kononnya).oleh itu, aku akan menekankan ciri-ciri yang sempat aku fikirkan 10 min yang lepas.

apa ye yang aku fikir tadi?

Haa....ciri-cirinya adalah...( buat bunyi besen kena ketuk kit)

1. Sebab aku ni kononnye detail, aku akan listkan semua label yang aku nak guna sebelum merapu meraban post isi hati aku ni. Tetapi keputusan list label akan ku kemukakan kemudian.Dah lalok ni pepagi buta mendesign blog baru.

2. Disebabkan kekangan emosi aku sendiri yang asyik tenggelam timbul, aku mengisytiharkan peng'update'tan blog adalah tidak terancang sama sekali..Aku kan memang emo.Sukati aku la~

3. Segala isi-isi yang tersurat mahupun yang tersirat, akan disensoredkan atau ditukar namanya bagi menjaga hati semua pihak.

4. Aku bukan racist or memperjuangkan hak asasi manusia.Aku pon bukan minat politik.Isu politik aku akan jarang type agaknya.so apa sahaja yang aku tulis adalah berdasarkan hati aku.

5. Blog aku ni akan ditulis dalam dwibahasa, malay and english.tapi biasanya aku lebih selesa berbahasa inggeris.bukan kerana tak nak memperjuangkan bahasa kebangsaaan tapi sebab aku rasa english is simple and straight to the point.So, both malay and english akan ada ok.Mungkin dialek sarawak sekali..hehe.

6. Aku akan state balik tarikh dan masa at the end of the post.Belah kanan bawah pas aku abis type la.Ini disebabkan, aku takde internet tetap la.still sengkek so sebab tu aku guna broadband ayah aku.Nasib baikla ayah sayang aku kan..haha..kesimpulan, ada kemungkinan besar ada post yang aku type hari ni and publish lusa.

7. Aku akan cuba sedaya upaya menjaga penggunaan bahasa yang murni bagi menggelakkan pembelajaran kurang bermoral untuk kanak-kanak dibawah umur.

Haa..aku rasa itu je kot yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang ni..Aku rasa yang lain-lain boleh tambah kemudian kot.So to everybody who read this, enjoy reading my thoughts..

Yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T,
Yang buruk datangnya dari diri aku sendiri.
wallahualam.

Friday
19 November 2010
3:58 am

No comments:

Post a Comment