Oleh kerana ini baru entri aku yang ke-4, so banyak betul idea yang mengalir dalam kepala otak aku ni.Kalau boleh nak je aku taip semua.tapi apakan daya, aku ni kan hangat-hangat tahi ayam.ada je benda yang best and masyuk tapi temporary sahaja.hahaha...okay, sebenarnya aku pon tak tau aku nak tulis apa.agaknya terlampau banyak sangat info sampai aku pon dah tak tau macam mana nak sampaikan.
cani jelah.aku rasa the best thing to say right now is about me, myself and I (sounds like gila glam plak..ahakass).First of all, aku rasa column kecik about me sebelah kiri blog aku ni tak cukup jelas ceritanya pasal aku.Korang semua tau tak, aku ni makhluk tuhan paling ............(isi la sendiri). So disebabkan aku ni ................., meyh aku nak crita kisah sebenar disebalik empunya diri bernama miss lynn.
Nama penuh aku ......................haa, senang cita korang boleh panggil aku miss lynn je la..aku lak lahir pada 25 julai.Tahun dirahsiakan kerana sensitivity aku terhadap angka sangat tinggi.Biasala, aku kan perempuan normal.majoriti akan rasa macam tu.Korang semua tau tak aku lahir kat KL.Tapi aku bukan budak KL, so please jangan Tanya aku macam mana nak pergi PJ, Macam mana nk pergi Bangsar, or Shah Alam or pasal direction KL.Aku betul-betul tak tau. Tapi kalau ko rela nak sesat jalan pusing-pusing dengan aku, no hal la.Janji semua korang bayar..hehe.
Paling besh nya, aku rasa macam aku dah jadi macam suku kaum penan plak.mana tak nya, aku asyik transfer jer.Lahir kat kl, membesar kat swak, sambung belajar kat johor and perlis, then sekarang ni menganggur cari keje.so sapa2 ade keje kosong tu roger-roger la aku eh. So disebabkan aku asyik pindah randah ni lah aku tak de kawan rapat.dulu masa kecik adalah tapi asyik tukar-tukar kawan buat aku lebih selesa bersendiri or berdiam diri.g sekolah baru je, semua dah ada member masing-masing.Nak tak nak, member lelaki juga lah yang tak kisah terima newcomer.tak pasal-pasal aku dapat label ................(isi sendiri). Eley, jelesla tu, boy yang ko suka tu suka kat aku... hahaha.. lantaklah aku sikit pon tak heran. life must go on.with or without you aku kena hidup gak.bukan korang bagi duit kat aku.tak mati lah korang takde.
Tapi kan, kat situ aku dah silap besar.mungkin zaman sekolah aku boleh hidup tanpa kawan-kawan.tu pasal aku tak kisah sangat kalau aku tak campur dorang.tapi sekarang ni terasa sangat, sebab bila dah jauh, masing-masing ada haluan sendiri aku tiba-tiba rasa kosong yang amat.huh, nasib baik la ada family yang sendiri ada untuk aku.so takde lah aku rasa lonely sangat.
Cuma aku tak dapat lagi kesimpulan yang tetap.adakah aku menyesal begini atau tidak.Sebab perlukah aku kawan-kawan yang berkumpul hanya untuk melihat kesalahan orang lain.Maaflah, aku bukan nak kata aku baik, tapi setiap pengisian yang membuat istilah kawan makin kuat atau punca perkumpulan kawan-kawan adalah kerana umpatan dan makanan.sorryla, aku memang bukan jenis suka amik port hal orang lain.in fact, aku rasa korang bosan ngan aku pon sebab aku nampak macam heartless.cuba orang laen menyibok hal korang apa yang korang rasa, haaa..macam tu lah perasaan orang yang korang suke umpat tu...tapi pape pun, rindukan semangat setiakawan kita dulu.yang dah lama berkubur aku rasa.
ok.enough with the sad story.bye.
6:09 PM
No comments:
Post a Comment