Hanya Aku

Hanya Aku
"Yang pasti, aku sentiasa dalam kekeliruan, antara realiti dan fantasi, antara yang hak dan mutlak, antara yang benar dan salah"

Friday, November 19, 2010

Entri 3-Lelaki Itu..

Aku tak fahamlah....

Perempuan dijadikan dari rusuk kiri lelaki untuk dijaga dan disayangi.Tapi bukan untuk disanjung atau dipijak.Lelaki pula dijadikan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan, ditemani si perempuan yang akan menjadi pendorong.Bak kata omputih 'behind every succesful man, there's a woman'.Tapi makin hari, makin dah takda dah kualiti tu dalam lelaki zaman sekarang.Entah kenapa aku rasa perempuan banyak ditindas atas sebab-sebab unrelevent. C'mon la, takkan lambat angkat phone pun sampai nak marah-marah.Time maghrib kot.Engkau tu period ke tak boleh nak solat ke mengaji ke?Kot ye pon faham la sikit orang lain.

Aku tak fahamlah...

Kalau perempuan yang peramah, ko kate gedik.Kalau ko yang peramah miang sana sini, ko katakan tuntutan agama untuk berbuat baik sesama insan.Pelikkan, begitu mudah bermain dengan kata-kata sayang dan rindu.Yang parahnye siapa? aku juga.ko happy ke bila aku spend masa untuk kau?menyorok di tempat tersembunyi? keluar dari bilik?keluar dari rumah? semata-mata ingin menjawab panggilan telefon kau.Lepas tu kau nak ugut-ugut,benda yang boleh buat kau happy dgn aku menghantar mms.haihh...

Aku tak fahamlah

Memang aku tau perempuan tu akalnya 1,nafsunya 9.Lelaki pula akalnya 9,nafsunya 1.Tapi mestikah ko gunakan akal tu untuk memutar belitkan situasi bagi mencapai nafsumu yang satu.ish3.Segelintir je.aku tak cakap semua.Tapi kalau boleh, tak boleh ke ko gunakan akal ko yang 9 tu untuk membantu aku mencapai hidup yang lebih cemerlang.Bukan hanya menghabeskan kredit menelefon ku dari pagi sampai malam.dari malam sampai pagi.Sudahnya aku yang rugi satu apa pon tak dapat.Asyik melayan ko yang belum cukup umur.ada hati nak kahwin ngan aku konon.Ko sedar tak perjalanan hidup masih panjang.semua ni sia-sia je.

Lelaki itu....
Akak tak fahamlah....tak faham sangat dik.

Sebenarnya, banyak lagi lah benda yang akak tak faham dik.Lelaki jenis apa yang adik nakkan tu.Yes, hidup akak memang tak sempurna.Jelas keburukkan di sana sini.Akak rasa macam tak layak je nak cakap semua ni.Tapi sebab akak tak sempurna tulah akak marahkan adik.akak nak adik jadi perempuan yang lebih baik dari akak.yang lebih cantik dari akak.luaran dan dalaman.Akak bukannya cemburu adik ada boyfriend ke apa.akak taknak adik menyesal suatu hari nanti.seperti mana akak menyesal sekarang.

Pukul 4 pagi adik keluar rumah semata-mata nak jawab panggilan telefon lelaki itu.apa bodoh sangat ke budak tu.ke bangang bengap or terencat akal.kalau dah kata sayang tu patutnya dia pikirkan keselamatan adik atau kepercayaan keluarga.pukul 2,3 pagi adik sanggup lagi sembunyi-sembunyi di bawah rumah sedangkan semua dah di atas semata-mata kerana lelaki itu? apa adik dah tak siuman ker?Layan lelaki gila macam tu yang kononnya sayangkan adik.

Adik tahu kenapa akak bagitau semua ni?Sebab adik fikir adik dah cukup besar untuk decide pe yang adik nak.suatu kesilapan yang akak pernah buat dulu.adik tau tak umor adik sekarang ni adik tak mampu lagi nk buat keputusan yang betul?tapi kenapa adik degil.Orang yang palins sayangkan adik adalah kami semua.bukan lelaki itu.kenapa susah sangat adik nk faham~

Entah kenapa hati kecil akak terguris.Mungkin akak dah boleh bayangkan apa yang akan berlaku.Mungkin benar kata along,he is going to watch the history remake.Or maybe,it even worst.Looking at mum and dad face just now.....sorry la dik.

I am very dissapointed of you.
but, adik tetap adik akak and akak tetap sayangkan adik.
cuma, tolonglah berpijak di bumi yang nyata.
Tak ada benda yang percuma dalam dunia ni, melainkan kasih keluarga sendiri.

Sabtu
20 november 2010
5:30 am





No comments:

Post a Comment