Hanya Aku

Hanya Aku
"Yang pasti, aku sentiasa dalam kekeliruan, antara realiti dan fantasi, antara yang hak dan mutlak, antara yang benar dan salah"

Monday, November 22, 2010

Entri 6 - Cinta Monyet

Aku sebenarnya baru je pas post entri no 5 tadi, tapi pas having dinner dengan my sibling, jari ni macam gatal je nak menaip lagi.sebenarnya aku macam tertarik dengan isu kat meja makan tadi.cinta remaja below 18.sebenarnya, semua orang penah merasai perasaan tu, cume bezanya sama ada kita merelakan perasaan tu menguasai diri kita atau menahan sekuat hati dengan keyakinan yang itu bukan cinta sebenar.

sebenarnya, aku sendiri dulu pernah terjerumus dengan kancah cinta monyet ni. So aku ucapkan TAHNIAH kepada siapa yang menepisnya dulu.sekarang bila dah melangkah ke alam awal remaja baru aku tahu pengalaman ku itu semuanya sia-sia belaka. My bestie yang memilih untuk tak bercinta dulu rata-rata dah fly oversea and capai kejayaan.aku? masih di sini menanti hala tuju yang tak pasti.Tapi korang kena ingat, aku fail bab2 feeling ni pon, wa ada degree dah taw.cuma result tak gempak je lah.nasib baik aku dengar kata ayah.sambung belajar dulu.huhu.

tapi apa yang aku nak bagitau sekarang ni, dulu memang aku tak nampak kesalahan diri aku.bagi aku, aku yang paling bijak dalam menentukan apa yang aku mahu.percaya sangat pada cinta karut tu.last-last result spm pon entah ke mana.tapi alhamdullilah sekarang baru aku dapat lihat kebenaran.tapi, yang tak bestnya, cara yang tuhan tunjukkan tu.Aku lihat kebenaran dengan hidup adik perempuan aku.haih, aku harap dia berjaya dengan ujian hidup ni.maklumlah, aku pun pernah berada kat tempat dia.cakaplah apa pun, takda yang dpt halang cinta tu (kononnye)...

so kat sini aku rasa aku nak senaraikan lah serba sedikit apa itu cinta monyet.
(monyet pon tak bercinta cam korang tau tak..sedap-sedap je petik nama..uhm)



Zaman cinta monyet tu :-
1.Semua nya indah.takda pun yang tak besh.kentut la busuk mana, or tak cuci underwear sampai bau hapak, semuanya wangi, semuanya best.
2.kalau zaman dulu-dulu, penuh satu tin biskut dengan surat cinta.perabih duit mak bapak sebab nak beli pen kaler-kaler.nak lukis love la bintang la cincin la.
3.Kalau zaman sekarang ni, perabih duit mak bapak nak beli topup.SmS tak payah cakap la.sampai full inbox wa cakap lu.tak cukup dengan tu, call lagi.aduh, itupon duit belanja mak ayah yang bagi.
4.Sanggup tak makan ikat perot bersengkang mata sebab kekasih yang tercinta.nak tunggu call la kononnya.takut si dia merajuk.
5.kadang-kadang tu, habis semua kita fire sebab nak menangkan yang tercinta, walhal dah sah-sah ko tu salah.
6.Taktik yang paling lame, soh sape2 menyamar jadi kawan baik and call awek dia.soh gitau yang dia accident.yang awek plak tangkap leleh la.tak boleh makan tak boleh mandi tak boleh belajar.padahal..wak luu, tu laki kau ke.ceyh..poyo saje.
7.time bercinta tu, perabih air mata bergelen-gelen, sebab nak pertahankan cinta.konon care la tu.padahal buang karen je.
8.orang lain buat aktiviti berkumpulan.korang buat aktiviti berduaan.adoi, asyik melekat je .korang tak tau ke orang lain menyampah tengok.bukan sebab nak jeles.tapi kelas dah la sama.prep nak sama,riadah nak sama,semua sama.last-last ada yang bet sampai bila korang bertahan.
9.ni yang paling best time cinta monyet, segala favourite lagu ke makanan ke movie ke, semua dah bertukar mengikut selera yang tercinta.adoi fening-fening.
10.dah mula la tu, gatai berangan nak gune mrs.conteng sana sini.diari la buku la kertas la.ko ingat pokok kat hutan tu ditebang semata-mata ko nak tulis ko cinta sipolan bin sipolan tu ke?

huhu..aku rasa banyak lagi senarai kot..tapi dah la, penat aku tulis..pe yang penting sekarang.
aku harap ada pengajaran di sebalik semua ni.bukan nak menghalang ko rancang masa depan ko, tapi agak-agakla.kalau spm pon tak lepas lagi.buat apa.lelaki macam tu ke yang menjaminkan hidup korang nanti.pandai-pandailah yer.akuk cuma taknak penyesalan aku dirasai oleh orang lain juga.bye.

Isnin
22 November 2010
9:31 PM

No comments:

Post a Comment