Hanya Aku

Hanya Aku
"Yang pasti, aku sentiasa dalam kekeliruan, antara realiti dan fantasi, antara yang hak dan mutlak, antara yang benar dan salah"
Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Entri 2- Tutorial label

So ....seperti mana yang aku dah bagitau kat entri 1, ni aku dah sediakan tutorial label untuk korang lebih mudah memahami isi kandungan blog aku..cewahh..macam cikgu plak.anyway, korang kena paham betul-betul tau.aku malas nak explain dah dalam setiap entri aku yang next-next.Buang masa je.Ni aku susun ikot alphabetic. Sebab entri ni pasal explaination, agak panjang gak la aku menaip.Tapi terpulangla korang nk baca ke tak..Your time,your decision.




ANNOUNCEMENT
Dah namanya pon announcement, so this label would be untuk post yang aku rasa nak bagitau statement yang aku rasa korang patut tahu pasal apa-apa news la.







FAMILY
So yang ini akan menceritakan perihal isu semasa mengenai kekeluargaan.tak kisah la keluarga aku ke, keluarga yang tersayang ke, keluarga sape-sape lah...ehehe

FRIEND
Isu yang ini plak for sure nak cerita pasal my friends (erks..plural tu.aku pun tak pasti aku ada kawan ke tak sampai nak letak plural..ahahha)..tapi, yang pasti, it will always gonna be people that i call or i thought my fellow friends.

FUTURE
Yang ini aku pon tak sure nak post pasal apa.Aku letak siap-siap je la label. mana tau aku berangan lagi.Ahahaha..sangatlah mat jenin kan..tapi takpe, kadang-kadang tu, impian yang akan mendorong kejayaan.insyaallah~


GOSSIP
Huuu...panasss...ahahaha ini yang paling aku kureng dalam seumur hidup aku ni..bergosip!..tapi macam mana pon, aku rasa mungkin isuini pon penting dalam blog aku.Mana tau, bile aku mereng sikit, aku pndai bergosipan...ooppss sorry.

GENERAL
Hurm, label ini mungkin pasal something yang aku tak tau nak melabelkan apa kot.ahaks.So agak-agak aku nak merepek merapu meraban aku letak label ni je lah.Senang korang nk elakkan pembaziran masa membaca benda tak berpekdah.




HEALTH
Memandangkan aku ini berpenyakit emosi tak stabil, high sensitivity, and maybe psycho (ye ker?), aku rasa ruangan kesihatan memang patot diperkenalkan dalam blog aku. Aku pon sebenarnye macam –macam penyakit ada.TAKOT TAK? (^___^). Just kidding.aku migraine ngan perot second hand jer.








INTEREST
Haa..yang ni yang paling aku suka.aku ni optimitis orangnya.Banyak benda yang aku lihat dalam dunia ni sebagai positif side (even how negative it could be, for sure ade sikit positif – unless la lau benda tu betul-betul logik and betul-betul negatif). So dalam post ni rasanya aku akan cerita a lots pasal menda-menda yang aku suka.Tak kisahlah korang suka ke tak.








KNOWLEDGE
Hurm, entah kenapa semalam aku terpikir label ni.Macam la aku ni genius sangat kan.Padahal realitinye, memang sangat tak pandai.In case ada yang boleh aku share, aku share je la ye.





LIFE
Life is not fair and never will be fair..Phew, aku memang suka sangat statement tu, sebab tu memang the truth.Macam tak betul plak kan menyalahkan takdir.sepatutnya aku kena terima ketentuan NYA.However, bukan tak bersyukur, tapi melahirkan rasa hati di blog je.Tak semua boleh pinjamkan aku telinga and masa untuk aku bebel.So aku type je la.lagi senang~

LOVE
Kalau cakap pasal love je, mesti korang cakap. ,”eii...ni mesti gedik nak citer pasal boy dia”...Haaa pandai pon, biarlah..aku memang gedik pon..at least aku ngaku and sedar diri.Dari orang yang pandai cakap tapi tak cermin diri sendiri “GEDIKKAH AKU?”..tapi, nak tambah,cinta bukan sekadar pada boyfie,mungkin ada kaitan dengan isu yang lain.so please,don’t judge by its label ok.



OPINION
Disebabkan aku ni stubborn gila babeng, korang kena la terima blog dengan label opinion adalah privasi milik aku.Korang boleh baca(kalau nak la~) tp kalau korang tak puas hati ke ape ke.takde efek pape kat aku pon.Tak semestinye apa yang aku tulis ni, aku praktikkan 100% dalam life aku.This is just kata hati aku, bukan kata akal.Lau aku implement pon for sure akan ada perubahan sikit.Rasional and logic please~.







PAST
Wahh..ni yang paling aku benci sekali.mengenang kembali masa silam yang of course tak dapat nak diubah sama sekali.Whatever it is,what makes me today is the past.So suka duka aku, memang aku takkan dapat lari dari masa silam aku.Sentimentalnya aku...sebab tu aku mental sikit kot.hurmm.








RELIGION
Last but not least, religion.Segila mana pon hidup aku ni or sebangang mana pon post yang aku tulis or secipan mana pon pendapat aku, please don’t treat me like i know nothing about my religion.Even aku bengap,degil,perangai tah pape,still, aku pon taw pasal agama.Cuma, mana ada manusia yang perfect kan.so kat sini aku macam nk share je la pe yang ada kaitan.






Haaa tu la serba sedikit pasal kemunculan blog baru aku ni.aku harap tutorial label ni aku buat aku lebih berdisplin nak tulis blog.cett...dah-dah aku dah penat nak menaip ni.Bye.

Friday
19 November 2010
3:20 pm

Entri 1- Intro

Good morning and hi,
(Benda yang paling membosankan sekali dalam dunia blogging is how to start blogging untuk first post..haihh)

Untuk entri aku yang pertama ni, diulangi...YANG PERTAMA ..,ingin sekali aku jelaskan yang aku menaip dengan perasaan berat hati yang teramat.Sebenarnya aku kesian kat blog-blog lama aku yang dah jadi arwah..Tahu-tahu je dah lahir satu lagi blog baru.Terus terang,dari lubuk hati aku, blogging ni bagi aku salah satu cara yang baik untuk menyalurkan perasaan aku.Tapi dah jadi masalah besar pula bila setiap blog yang dihasilkan mempunyai tema yang tersendiri pula.kalau boleh aku nak je suma topic and entri aku ni general, so tak payah nak mengarwahkan makin banyak blog aku.nanti kesian plak orang lain dah takde name availability untuk url diorang.kuikui :) However, untuk blog aku kali ni, aku rasa jela, in order to make it last longer aku kena jadi detail sikitla..(mature la kononnya).oleh itu, aku akan menekankan ciri-ciri yang sempat aku fikirkan 10 min yang lepas.

apa ye yang aku fikir tadi?

Haa....ciri-cirinya adalah...( buat bunyi besen kena ketuk kit)

1. Sebab aku ni kononnye detail, aku akan listkan semua label yang aku nak guna sebelum merapu meraban post isi hati aku ni. Tetapi keputusan list label akan ku kemukakan kemudian.Dah lalok ni pepagi buta mendesign blog baru.

2. Disebabkan kekangan emosi aku sendiri yang asyik tenggelam timbul, aku mengisytiharkan peng'update'tan blog adalah tidak terancang sama sekali..Aku kan memang emo.Sukati aku la~

3. Segala isi-isi yang tersurat mahupun yang tersirat, akan disensoredkan atau ditukar namanya bagi menjaga hati semua pihak.

4. Aku bukan racist or memperjuangkan hak asasi manusia.Aku pon bukan minat politik.Isu politik aku akan jarang type agaknya.so apa sahaja yang aku tulis adalah berdasarkan hati aku.

5. Blog aku ni akan ditulis dalam dwibahasa, malay and english.tapi biasanya aku lebih selesa berbahasa inggeris.bukan kerana tak nak memperjuangkan bahasa kebangsaaan tapi sebab aku rasa english is simple and straight to the point.So, both malay and english akan ada ok.Mungkin dialek sarawak sekali..hehe.

6. Aku akan state balik tarikh dan masa at the end of the post.Belah kanan bawah pas aku abis type la.Ini disebabkan, aku takde internet tetap la.still sengkek so sebab tu aku guna broadband ayah aku.Nasib baikla ayah sayang aku kan..haha..kesimpulan, ada kemungkinan besar ada post yang aku type hari ni and publish lusa.

7. Aku akan cuba sedaya upaya menjaga penggunaan bahasa yang murni bagi menggelakkan pembelajaran kurang bermoral untuk kanak-kanak dibawah umur.

Haa..aku rasa itu je kot yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang ni..Aku rasa yang lain-lain boleh tambah kemudian kot.So to everybody who read this, enjoy reading my thoughts..

Yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T,
Yang buruk datangnya dari diri aku sendiri.
wallahualam.

Friday
19 November 2010
3:58 am