Hanya Aku

Hanya Aku
"Yang pasti, aku sentiasa dalam kekeliruan, antara realiti dan fantasi, antara yang hak dan mutlak, antara yang benar dan salah"

Saturday, May 8, 2010

sangat kecil hati taw

"seorang isteri mesti taat kepada suaminya selagi mana suruhan itu tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan"

"selagi mana seorang isteri ingkar akan suruhan suaminya, dia akan terus dilaknat"

"ssungguhnya seorang isteri yang baek adalah isteri yang tahu menjaga maruah suaminya dan pandai mengurus harta suaminya"

"seorang isteri perlu terus menyayangi dan menunaikan tanggungjawab kepada si suami even si suami tidak berbuat yang sama.sesungguhnya sikap isteri yang berterusan ini akan diberikan ganjaran oleh tuhan dengan dibukakan hati si suami untuk menyayangi si isteri"

"setelah si suami menikahi isterinya, tanggungjawab terletak di bahu si suami dan si isteri mestilah patuh selagi mana ia tidak bertentangan dgn hukum syarak kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kaki suami bg perempuan yang telah dinikahi"

--------------------------------------------------------------------------------

ni bukan aku amek direct dr maner2 buku..ni yang ader lam kepala otak aku..so correct me if im wrong.sebab tu lahpemahaman yang diterapkan untuk aku..serba sedikit tugas seorang isteri.

aku cukup berusaha keras untuk mencapai apa yang aku listkan kat atas tu..tak penah lagi aku menjadi desperate wifey-to-be macam ni. klu dulu perkahwinan bg aku just nk bersama hingga ke akhir hayat..tp kimi pemahamn tu aku tukar dgn perkahwinan merupakan stu tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul dan akan dipersoalkn kelak.

oleh kerana aku sedar yang aku tidak mampu menjlankan tanggungjawab yang baeek sebagai seorang anak (aku rasa lah) aku harap akan mampu mnjadi seorang isteri yang baek.

untuk itu, aku tingglkan segala keinginan duniawi dan hidup aku untuk menjaga hati sidia ..untuk mmbentuk hidup yang aku harap akan diberkati..aku dah tak nk tgk mak ayah risaukan aku..bagi aku, biarlah aku lepas dari tanggungjawab mereka dan memulakan hidup baru sebelum roh berpisah dari jasad. maaf mak maaf ayah..korang dah byk bersusah payah .

tapi kadang2 tu , aku terpk juga, aku berusaha keras untuk buat yang terbaek untuk dier..tp mampuke aku bertahan lama.this is not my life but i try to face it because of him and for the sake of my religion..

aku pksakan diri aku untuk tak bercampur gaul dgn orang2 tak betul..hampir terputus hubungan dgn kawan2 yang membawa keeronokkan duniawi, berusaha untuk mengubah penmpilan (kadang2 tak berjaya) dan berusaha keras untukbelajar menyayangi dan menahan sabar.

tapi sampai biler aku boley bertahan??
mengubah cara hidup hanya melibatkan aku seorang..tp perkahwinan melibatkan dua orang.
aku tak setabah siti sarah, tak sesabar siti aisyah,tak sekuat siti khadijah..
aku cume perempuan biasa..

byk tanggunjawab lelaki yang aku tak fhm, sebab tu aku tak berani nk mempertikaikan semua tu, tp cuma ader satu soklan selalu bermain di fikiran aku mengenai lelaki
adakah perasaan aku tidak diambil kira hanya kerana aku seorang permpuan?

"orang yang sempurna iman adalah orang yang berakhlak baek dan orang yang berakhlak baek adalah orang yang berakhlak kepada isteri mereka"

ni bukan ayat yang aku reka..tp aku dengar kat cd,hadith riwayat sper aku tak ingat..tp aku salin kat hp sbb aku sebak sgt dgn ayat tu sebab aku rasa dlm berusaha menuju ke pangkal jalan, aku tak rasa ayat itu untuk aku even aku dah jadi seorang isteri nnti.

sesorang penah bg taw aku, sbb hati aku ni dah keras mcm kerak, bersikap baek tidak mampu mngubah aku menjadi baek..aku dah jadi buluh..dah tak boleh dibentuk

tapi lagi kuat kita menyental kerak, lagi sakit tangan , lagi sikit yang tertanggal, lagi marah kita dibuatnye......betul x?
lagi kuat kite nk bentuk buluh, lagi mudah ia patah, kena lah wat slow2 even kesan nyer sikit...betol x?

kadang2 aku fikir, buat aper nk berubah klu proses nyer hanya membuat hati aku makin ampuh..buat apa nk berubah sekiranya hati aku dibebani dgn pelbagai persoalan..buat apa nk berubah untuk keselesaan orang laen..

sedangkan nabi muhammad s.a.w pon melayan baek orang2 yang br masuk islam, yang ingin berubah ke pangkal jalan.. tak kira aper dosa yang mereka lakukan dulu..
adakah aku tak layak untuk dilayan begitu oleh segelintir manusia yang hanya berpangkat umat nabi muhammad??

No comments:

Post a Comment