Hanya Aku

Hanya Aku
"Yang pasti, aku sentiasa dalam kekeliruan, antara realiti dan fantasi, antara yang hak dan mutlak, antara yang benar dan salah"

Wednesday, January 14, 2015

Mimpi

Mimpi mainan tido tp kadang2 terkesan di Hati..
Smpi Sekarang terpikir mimpi pagi td...

**Malam - gelap pekat - Hujan lebat
**Air masuk Rumah xberhenti..
**Xpasti Kat mana..tp mcm Rumah apartment.
**Berlari2 sampai tingkat 4..
**Menyesal xamik sijil or document penting
**Ingatkan selamat..tp air naik lagi.
**Nasib bek masa tu byk bot keselamatan.
**Berulang alik amik org hantar ke tempat tinggi.
**Menyesal xnaik dengan Mak ..
**Mak suruh pergi dulu..
**Sunyi sorg Kat tmpt Baru Tanpa Ada apa2..
**makan minum Mandi semua kena catu
**rasa diuji sgt

Terjaga dari tidur - blur
Xsangka mimpi bersambung...

**Nasib bek terjumpa suami n Mak sedara.itupon kejap je pastu Mak sedara entah ke mana.
**Tapi tempat berteduh mcm dh berubah dekat satu Rumah besar yg Ade surau Ade kelas n etc..
**Suami kata Nk blik tgk Rumah sbb laluan puchong Dah okay? ( yg tu xfhm)
**Nak ikot tp dia suruh amik brg Kat surau - rupanya dia sengaja sbb Nk pergi sorg.
**Duduk Kat tangga .. Menangis sbb xingat Jalan balik - kawan yg dikenali pon xnk tolong.
**Duduk sendiri smpi lewat petang tgk karenah orang.. Mcm2 berlaku..
**Tggu punya tggu...sedih..
**Nampak kelibat suami Dari jauh..
**Sebab Marah..aku buat xtau..

Tbe2 terjaga..hurmmmm

Tuesday, January 13, 2015

Import and export blog

Sebelum ni Ada 3 blog...
Kononnye selalu Nk buat blog baru sbb Nk bg fresh..last2 .terbengkalai jugak....

So pagi td ..decide Nk combine kan sume blog n delete lagi dua..
Nak tau camne?...

Just follow below simple steps..ahakss...

Contoh eyh..blog A and blog B
Blog A Nk pakai
Blog B Nk dimasukkan ke blog A

1. Pergi dekat blog B
Dashboard > settings > others > export file > save file.

2. Pergi dekat blog A
Dashboard > settings > others > import file > pilih file yang Dah save > OK

Simple je kan?
Hope boleh jadi useful tips untuk siapa2 yg xtahu....

N don't worry blog B takkan hilang unless if korang sendiri yang delete..

:p

Happy Year 2015

well my last post is on 2011
eyh - ke 2010
hurmmm....so 3- 4 years already ilang mcm tu je without me updating anything.
anyway, ringkasan tahun nye...
yang significat la..hehe

July 2010
finish studied Product Design Engineering

August 2010 - October 2010
part time keje kat Guardian P8

october 2010
graduation month.

October 2010 - december 2010
training at MCMF - scicom for 2 days,
then continue training with ASTRO Measat Broadcast Sdn Bhd.
at the same time got job as Management manufacturing trainee kat Texas Instrument Keramat tp tak tau kenapa reject???

mac 2011
my first white mybi - xoxo

July 2012
mama datang merisik

september 2012
engagement day

may 2012
wedding day

year 2013
working hard and try to improve life
nothing much happen

January 2011- june 2014
works and quit with astro

june 2014 - december 2014
housewife
part time makeup
part time berjual nasi lemak
study mandarin at Uitm Shah Alam

Jan 2015
- here i am-
trying to redo back my blog


hehehehheheeh
ciao!!!

Thursday, January 13, 2011

entri 8

kalau dulu-dulu, teringin sangat-sangat nak habis belajar.dah rasa bagus sangat la kot, boleh hidup sendiri.dalam fikiran tu, dapat kahwin dengan lelaki baik, matang, bertanggungjawab, kira dah setel la masalah hidup aku tu.
kalau aku tau hidup tak semudah yang kita bayangkan, aku takkan jadi diri aku yang sekarang.aku takkan buat apa yang aku buat sekarang.

sebenarnye, real life yang aku angan-angankan tu hanya suatu impian je.dunia sebenar bukan la mild sangat.semuanye, sangat rough tau. sekarang ni lah yang baru terasa sangat-sangat, lebih-lebih lagi bila dah kena penangan dari abg.


"ko ingat dah dapat keje gaji banyak tu dah cukup bagusla.kalau dah banyak sangat duit tu, keluarlah rumah cari hidup sendiri,tak payah nak minta tolong mak ayah dah.eleh, aku nk tgk nnti ko bg ke tak duit kat mak ayah bulan2."

hurm, mau tak tersentak aku dengar.tapi masa tu aku maintain lagi macho la.ayah aku ada kat situ, sempat lagi lah menyopankan diri pergi bilik aku sendiri and malam tu aku tak tidur lena la.sedih sangat la. tu yang aku nak sangat keluar and ada kereta sendiri.malas aku nak mengadap abg aku kat rumah tu lagi.eleh ,dia pon sama.dok mengutuk aku plak. tapi, takpelah.dia keje dah stabil, kahwin pon dah lepas tinggal nak maintain life dia la.aku ni, masih tercari-cari lagi hala tuju.entah ya, entahkan tak.

esoknya, memang abg aku minta maaf.katanya terlepas cakap sebab sikap acuh tak acuh aku petang tu.aku memang dah sejuk.dah tak kisah.cuma masih belum berhenti memikirkannya. haih..senang nya kalau hidup ni senang.tak payah la aku nak rungsing macam ni.takpelah, lets do things that i should do je la.

" Struggling to survive"

Wednesday, December 29, 2010

Entri 7 - Somewhere I Belong

Ive been living a difficult life this few weeks. actually, takde la difficult sangat.saje nak metafora sikit.hehehe.this few weeks i actually attending the astro training. jangan la tanya pasal apa menda alah tu sebab aku nak cerita pon tak tau nak start macam mana. but, it takes more than a month. sucks isn't it? dah la dari 9-6pm. (since umah aku jauh aku kena la bangun pukul 6 pagi). By the way, it is my own decision pon so takde la nak mengeluh banyak2 sangat pon. In my class, there are 15 person in my class; thank god dorang semua tu best jer.takda la yang type of person yang makin menyemakkan kepala aku.by the way, enough with the astro training, all things about that astro16 boleh je kalau korang rajin peek-a-boo kat facebook page aku.

so here it is, walaupon semalam Malaysia menang dalam Piala Suzuki AFF melawan Indonesia,(psstt..kat padang dorang pun kita menang weyhh) and PM Msia pon telah membuat keputusan bahawa esok, Jumaat 31 Disember 2010 cuti umum.tapi, aku ni still tak dapat conclusion apa yang aku nak untuk masa depan aku.So sebab tu aku pergi cari cookie fortune, ceyh, kurafat tol kan.aku cari kat images googles je la..hehe..and look what i found.jeng..jeng..jeng

aku pon actually dah lama dengar tapi baru je start percaya kat quote
"LOVE YOURSELF BEFORE YOU LOVE SOMEBODY ELSE."
Menyesal ? oh tidak sekali.sebab terlampau banyak perkara ingin disesalkan tapi sayang sekali semua tu tak bolh nk diperbetulkan lagi, so the right things to do now, is just be careful from now onwards.agree?

Things yang keep linger in my mind is, (yang actually semua orang patot fikir), what will happen to me bila my parents died.Bukan la aku tak sayang dorang dengan buat statement macam tu. cuma kemungkinan tu wujud, unless kalau aku yang mati dulu la.Sekarang boleh la nak manja-manja merengek itu ini tapi macam mana nanti, siblings sure sibuk dengan urusan masing-masing. aku tak fikir semua ni, masa aku belajar dulu.Biasalah time tu sangat alpa sangat2.Dah graduate ni, baru terasa tanggungjawab yang digalas atas bahu ni berat sangat rupanya.Itu belum lagi sebatang kara kat dunia ni.
Hurm, tapi pape pon, i'm still new at this, that is why aku masih dalam peringkat planning. Honestly, aku tak tau pun apa yang patut diambil kira. Yang aku tau, paling penting sekarang ni adalah apa yang aku inginkan dalam hidup ni.tapi, buat masa ni ada dua perkara je dalam fikiran aku dalam mengorak langkah.
1. Of course aku fikirkan diri aku. dah tentu kalau bukan aku sendiri, takda siapa akan tolong diri aku.disebabkan tu, aku kena bagi reward untuk diri sendiri sebab berusaha untuk diri aku.yeay!!
2. Family, selagi diorang masih ada, aku kena la ubah balik mentaliti aku. Memang aku ego tapi sensitiviti aku masih ada.aku masih consider apa yang ayah and mak want me to be. aku rasa, sekarang ini pon aku dah jarang gaduh dengan mak ayah.alhamdulillah. Walaupon gaji aku tak cukup, mesti kena bagi juga nanti.tanda ingatan, bukan pasal nk balas jasa tau.JASA MEMANG TAKKAN DPT DIBALAS.

Buat masa ni tu je la kot yang paling penting bagi aku, aku takde harta pon.kecuali diri aku and mak ayah aku.
siblings....? Tak payah la. takkan nak bergantung lagi dengan diorang.diorang pon ada matlamat sendiri.
Cinta.....? married....? aku tak percaya sangat la, bila-bila masa pon boleh jatuh talak, bila-bila masa pon boleh kahwin2,3,4. kalau kena tinggal macam mana?kalau dia mati dulu macam mana?
friends...? aku ada kawan ke? kalau ada pon, dorang pon ada masalah sendiri.buat apa nak tolong aku..
harta dunia....?satu pon takda..hehe (malu).Tapi takpe, harta dunia boleh dikumpul sedikit2 kan? kuat usaha kuat la berjaya nya.
Tapi, apa-apa pun semua akan kembali kepada diri sendiri. so miss lynn, good luck in making choices. Takde sapa yang boleh sayang kamu selain diri kamu sendiri and your parents.cinta tak bersyarat la.hehe.















































Monday, November 22, 2010

Entri 6 - Cinta Monyet

Aku sebenarnya baru je pas post entri no 5 tadi, tapi pas having dinner dengan my sibling, jari ni macam gatal je nak menaip lagi.sebenarnya aku macam tertarik dengan isu kat meja makan tadi.cinta remaja below 18.sebenarnya, semua orang penah merasai perasaan tu, cume bezanya sama ada kita merelakan perasaan tu menguasai diri kita atau menahan sekuat hati dengan keyakinan yang itu bukan cinta sebenar.

sebenarnya, aku sendiri dulu pernah terjerumus dengan kancah cinta monyet ni. So aku ucapkan TAHNIAH kepada siapa yang menepisnya dulu.sekarang bila dah melangkah ke alam awal remaja baru aku tahu pengalaman ku itu semuanya sia-sia belaka. My bestie yang memilih untuk tak bercinta dulu rata-rata dah fly oversea and capai kejayaan.aku? masih di sini menanti hala tuju yang tak pasti.Tapi korang kena ingat, aku fail bab2 feeling ni pon, wa ada degree dah taw.cuma result tak gempak je lah.nasib baik aku dengar kata ayah.sambung belajar dulu.huhu.

tapi apa yang aku nak bagitau sekarang ni, dulu memang aku tak nampak kesalahan diri aku.bagi aku, aku yang paling bijak dalam menentukan apa yang aku mahu.percaya sangat pada cinta karut tu.last-last result spm pon entah ke mana.tapi alhamdullilah sekarang baru aku dapat lihat kebenaran.tapi, yang tak bestnya, cara yang tuhan tunjukkan tu.Aku lihat kebenaran dengan hidup adik perempuan aku.haih, aku harap dia berjaya dengan ujian hidup ni.maklumlah, aku pun pernah berada kat tempat dia.cakaplah apa pun, takda yang dpt halang cinta tu (kononnye)...

so kat sini aku rasa aku nak senaraikan lah serba sedikit apa itu cinta monyet.
(monyet pon tak bercinta cam korang tau tak..sedap-sedap je petik nama..uhm)



Zaman cinta monyet tu :-
1.Semua nya indah.takda pun yang tak besh.kentut la busuk mana, or tak cuci underwear sampai bau hapak, semuanya wangi, semuanya best.
2.kalau zaman dulu-dulu, penuh satu tin biskut dengan surat cinta.perabih duit mak bapak sebab nak beli pen kaler-kaler.nak lukis love la bintang la cincin la.
3.Kalau zaman sekarang ni, perabih duit mak bapak nak beli topup.SmS tak payah cakap la.sampai full inbox wa cakap lu.tak cukup dengan tu, call lagi.aduh, itupon duit belanja mak ayah yang bagi.
4.Sanggup tak makan ikat perot bersengkang mata sebab kekasih yang tercinta.nak tunggu call la kononnya.takut si dia merajuk.
5.kadang-kadang tu, habis semua kita fire sebab nak menangkan yang tercinta, walhal dah sah-sah ko tu salah.
6.Taktik yang paling lame, soh sape2 menyamar jadi kawan baik and call awek dia.soh gitau yang dia accident.yang awek plak tangkap leleh la.tak boleh makan tak boleh mandi tak boleh belajar.padahal..wak luu, tu laki kau ke.ceyh..poyo saje.
7.time bercinta tu, perabih air mata bergelen-gelen, sebab nak pertahankan cinta.konon care la tu.padahal buang karen je.
8.orang lain buat aktiviti berkumpulan.korang buat aktiviti berduaan.adoi, asyik melekat je .korang tak tau ke orang lain menyampah tengok.bukan sebab nak jeles.tapi kelas dah la sama.prep nak sama,riadah nak sama,semua sama.last-last ada yang bet sampai bila korang bertahan.
9.ni yang paling best time cinta monyet, segala favourite lagu ke makanan ke movie ke, semua dah bertukar mengikut selera yang tercinta.adoi fening-fening.
10.dah mula la tu, gatai berangan nak gune mrs.conteng sana sini.diari la buku la kertas la.ko ingat pokok kat hutan tu ditebang semata-mata ko nak tulis ko cinta sipolan bin sipolan tu ke?

huhu..aku rasa banyak lagi senarai kot..tapi dah la, penat aku tulis..pe yang penting sekarang.
aku harap ada pengajaran di sebalik semua ni.bukan nak menghalang ko rancang masa depan ko, tapi agak-agakla.kalau spm pon tak lepas lagi.buat apa.lelaki macam tu ke yang menjaminkan hidup korang nanti.pandai-pandailah yer.akuk cuma taknak penyesalan aku dirasai oleh orang lain juga.bye.

Isnin
22 November 2010
9:31 PM

Entri 5 - Who am I?

Kadang-kadang aku pon tak faham,pendirian atau falsafah apa yang aku pegang (well, of course la pada agama, tapi maksud aku selain dari tu).Aku ni emotional ke? Or logical? Or practical?Nak kata aku warak memang jauh panggang dari api la.dah tu aku ni apa?

There will be a time yang aku rasa aku berfikiran yang practical and logic. Tapi at the same time, dorang kata aku ni emo plak.susah kan nak memastikan cara pemikiran seseorang.Tapi kan, yang paling aku pasti aku memang tak suka something yang unrelevent.mungkin tu kot aku.straight to the point and agak susah untuk berkompromi dengan aku sebab aku suka fikir long term kot.

Mungkin sebab tu aku mempunyai masalah dalam perhubungan, tak kisah la, memember ke, boyfie ke. Yelah , dah mende salah, apasal ko nak aku join sama.Mungkin ada satu benda yang aku pegang, nak buat jahat tu biar la sensorang, buat apa nak invite orang lain kan.Mungkin juga aku ni skema yang teramat.Omputih cakap apa, nerdy.agaknya lah.tapi result academic aku teruk gak.

Aku sendiri tak dapat menafsirkan siapa diri aku yang sebenarnya.Bagi aku, aku adalah seorang yang lurus bendul, clumsy, but still im locigal and practical.Senang citer, aku bukan somebody yang suka ambil risk.And even aku amik that risk pon, aku dah calculate the possibility yang akan jadi.(maybe sebab tu aku minat kebarangkaliaan dalam math kot).

walaupun siapa jua aku, semua tu pun bergantung kepada korang-korang gak to decide.But somehow, aku ni ego sebenarnya.Just because korang nampak aku heartless and macam tak peduli dengan surrounding aku, believe, I AM SENSITIVE ABOUT THAT.Cuma cara nak menconvey all that info yang jadi problem kat aku.still, i am a stiff person when it comes to feeling.

Yang pastinya, hati aku mudah tersentuh and mudah juga bengkak.semua bergantung on how you react to me.when it comes to one way communication pon problematic gak la.Entahla, aku susah nak mulakan sesuatu.Funny kan. Aku rasa aku ni lebih complicated dari orang lain.aku harap aku tak sakitkan hati korang.Trust me, when it all happen.i regret it so much..

Kesimpulannya, life is full with possibility.why bother?
bye.

Monday
22 November 2010
7:39 Pm